Thursday, September 16, 2010

Saturday, August 7, 2010

Dah lama tak menulis

Kerana kesibukan tiada ruang untuk menulis. Jarang sekali melihat blog sendiri. Apa apa pun akan cuba yang terbaik untuk menukilkan sesuatu diruang yang terhad ini. Masa terus beredar meninggalkan segala kenangan semalam, hari ni ditempuhi dengan helaan nafas yang semakin pantas seiring usia. Apa yang telah dicapai? Matlamat yang dicari apakah telah ditemui? Kemanakah destinasi akhirat? Semua nya sentiasa datang silih berganti menerjah jauh kedalam kotak minda. Selalu memujuk diri agar rasional dan tega dalam membuat pertimbangan agar haluan yang akan ditujui tidak tersasar. Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi petunjuk dan hidayah Nya..

Tuesday, December 22, 2009

Rahsia Tarikh Lahir

Rahsia Tarikh Lahir


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir pada tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kerana kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.



2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis dan sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar dia tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.



3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam pergaulan. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.



4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin terhadap orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.



5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandang sesuatu selalunya dari segi yang boleh memberi keuntungan kepadanya. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, anda perlu berhati-hati kerana dia seorang yang suka bertukar-tukar pasangan.



6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.



7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.



8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang dan baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang pandai berjimat cermat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang amat tabah, kuat semangat, kuat cita cita, setia dan rela berkorban.



9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Dalam soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.



10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.



11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat kepada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi.



12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan kerana itulah dia diberi jolokan ‘seniman’.

Thursday, November 26, 2009

Janda 18 tahun!

Dipetik dari Info Seks Melayu
(diedit semula oleh penulis blog)

Terdapat seorang duda beranak dua yang tinggal disebuah kampung. Duda ni Amat namanya dan telah 3 tahun menduda selepas kematian isterinya. Pada satu hari, Amat yang telah lama kesepian terfikir kenapalah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada juga yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cubalah merisik-risik dengan kawan-kawannya, manalah tahu mereka ada calon isteri yang sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada seorang calon yang sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak 'rekomenkan' tu adalah janda 18 tahun. Beria-ia benar Usin memujuk supaya Amat menerima pilihannya. "Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin??" tanya Amat. "Alaa...kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 tahun, rupa kau pun masih 'hensem' lagi apa!" kata Usin memuji Amat.

"Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjam RM500.00?, aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. "Jangankan RM500.00, RM1000.00 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang lagi.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat. "Kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap aja" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan bakal isterinya yang baru, Leha, begitulah nama bakal isteri Amat. Hari itu Amat kelihatan sungguh segak dengan pakaian 'sedondon' untuk upacara akad nikah dengan Usin duduk disebelah sebagai pengapit yang tersenyum panjang setelah koceknya berisi wang RM500.00 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat-saat indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai sahaja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang. Para tetamu menyambut Amat dengan tersenyum lebar. Setelah selesai majlis akad nikah, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan bakal isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila mendapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat pada mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, barulah Amat sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkannya seorang janda muda yang berusia 18 tahun.

"Usinnnnnnnnnn.........!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang asyik menjamu selera 'terkejut beruk' bila mendengar jeritan Amat. "Kau tipu aku Sinnnn.....!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa pulak.......???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18 tahun...!!!!" balas Amat. "La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun…tapi dia dah menjanda selama 18 tahun.........!!!".

"Usinnnnnnnn...........mintak............balik.....duit..akuuuuuu...!!!"

Monday, November 23, 2009

Anda Tentu DiSukai Ramai

ANDA TENTU DISUKAI RAMAI SEKIRANYA....

*Anda mengucapkan 'Selamat Pagi' atau 'Assalamualaikum' dengan penuh ikhlas, bersungguh sungguh dan sepenuh hati.

*Anda sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan harian.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan orang orang yang anda temui

*Anda mengukir senyuman manis dengan ikhlas

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah dan tugasan tugasan anda.

*Anda dapat mengingati dengan baik rupa paras dan nama nama orang yang anda pernah kenali

*Anda berupaya melahirkan perasaan tidak puas hati tanpa menyinggung perasaan orang lain

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial

*Anda tidak meyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi.

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan orang yang ingin berkenalan dengan anda

*Anda dapat menghindarkan diri dari menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus terang.

*Anda dapat menerima kelebihan seseorang itu seadanya

*Anda dapat menerima seseorang tanpa syarat.




"Find Yourself & Be Yourself"

Tuesday, November 17, 2009

Cracked Pot

















Justru itu bersyukurlah dengan segala yang telah Tuhan anugerahkan kepada kita.
Kekurangan diri kita adalah kelebihan pada orang lain dan kelebihan kita adalah kekurangan pada diri orang lain. Kita saling lengkap melengkapi!