Sunday, May 29, 2011

Makan Luar

Istilah 'Makan luar' ini bukanlah memberi maksud yang tidak baik. Bahasa mudahnya makan diluar bersama keluarga, sahabat atau rakan sekerja. Seperti telah menjadi satu 'trend' sekarang orang kita suka makan diluar. Mungkin faktor kesibukan, tiada masa dan mudah  menjadikan 'trend' makan diluar ini menjadi seolah olah satu budaya dikalangan masyarakat kita. Sebut apa sahaja makanan, roti canai, pelbagai juadah mee, nasi dan berbagai bagai nama istimewa yang diberikan apabila kita duduk untuk memesan makanan. Faktor yang diambil kira adalah cepat dan sedap! Kalaulah kita duduk menunggu hampir setengah jam, masih juga tidak dilayan, alamatnya sekali itulah kita akan masuk kedai, restoran atau gerai tu. Akan ada komen komen yang tidak baik akan keluar dari mulut kita. "Macam mana nak maju kalau inilah gaya nya berniaga", "Lembab", "Dahlah lembab, makanan tak sedap pulak", "Phuii......" . Jangan pula pelik kadangkala orang perempuan berebut rebut memilih juadah sewaktu rehat tengahari. Dalam hati berkata kata juga, "Hmm..orang perempuan sekarang pun dah malas dah", mungkin andaian tu salah, tapi itulah yang kita lihat saban hari. Kesan segera yang kita lihat bila dah masuk umur midi atau ada juga orang sebut 4 series, 5 series, timbullah istilah '3 serangkai', kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Statistik KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) saban tahun menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ketiga tiga penyakit tadi. Fikir fikirkan lah!