Wednesday, May 21, 2008

Melajukan Sambungan Internet


Panduan Lajukan Sambungan Internet Anda
Cara lajukan internet ini hanya dijurus kepada pengguna
Microsoft Windows 98/ME/2K/XP/NT.Kepada pengguna

Linux/BeOs/RedHat/Lindows atau yang lain daripada
Windows, sila minta bantuan daripada yang pakar didalam
operating system tersebut. Berikut adalah beberapa cara
untuk melajukan internet anda.

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows
98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi
Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya
ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yang
berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging
semasa di IRC atau semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian
Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak
mahu keluar pada masa anda start komputer anda..Semakin
kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah
proses permulaan komputer anda dan melajukan loading
site didalam internet dan juga di IRC!

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat
seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda
ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka
software yang lain seperti satu lagi window bagi internet
explorer, ini akan melambatkan internet anda. Sama juga
bagi pengguna yang gemarkan IRC yang ingin dapatkan
fastest ping access buka satu IRC client sahaja jangan lebih
daripada satu kerana ia akan melaggingkan PC anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle
Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke
internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik
Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik
Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada
dua jam,restart computer anda dan reconnect kembalik jika
anda terus melayari internet connection anda ke server akan
mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda
mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dialup dan menggunakan
modem internal/external jangan lupa untuk update driver
anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information
hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda
dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang
menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah
mendapat update file yang updated daripada site
manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet
Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian
Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick
bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play
videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini
anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa
site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang
gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan
kerana anda telah set untuk tidak download sebarang
gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading
site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di
bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik
pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value
pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih
No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda.
Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan
yang baik dan best setiap masa,connection akan drop jika
komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

9. Kurangkan install game didalam PC anda jika
mempunyai hard disk yang besar, sama juga kepada yang
mempunyai hard disk yang besar…biarkan ruang yang lebih
untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang
banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih
kerap hang/jam/lekat/kejung etc.

10. Gunakan Windows 2000 kalau anda inginkan kepantasan
internet yang terlaju yang mampu dirempuh oleh sebiji dialup
modem didalam sebuah PC.Tidak kira Windows 2000 versi
mana sama ada Server/Professional/Advanced Server ia
adalah versi Windows yang menawarkan internet yang
terpantas sekali yang pernah saya cuba dan mengalahkan
Windows XP ~!

11. Line yang laju dan tidak drop adalah yang tidak lebih
daripada 2km.Kalau lebih daripada 2km,data yang lalu
daripada line anda mungkin akan drop jadi akan lebih mudah
disconnect atau lagging. Jadi kalau yang memang tinggal
jauh daripada pencawang atau server telekom di Malaysia
dari 2km jadi memang lembab jawabnya, kalau buat semua
tips dekat atas itu line anda mungkin hanya akan meningkat
dalam 2X ganda dari yang lama berbanding line yang
memang berdekatan dengan pencawang telekom iaitu dalam
6-7X ganda daripada line yang lama....Insya Allah

No comments: