Thursday, November 26, 2009

Janda 18 tahun!

Dipetik dari Info Seks Melayu
(diedit semula oleh penulis blog)

Terdapat seorang duda beranak dua yang tinggal disebuah kampung. Duda ni Amat namanya dan telah 3 tahun menduda selepas kematian isterinya. Pada satu hari, Amat yang telah lama kesepian terfikir kenapalah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada juga yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cubalah merisik-risik dengan kawan-kawannya, manalah tahu mereka ada calon isteri yang sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada seorang calon yang sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak 'rekomenkan' tu adalah janda 18 tahun. Beria-ia benar Usin memujuk supaya Amat menerima pilihannya. "Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin??" tanya Amat. "Alaa...kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 tahun, rupa kau pun masih 'hensem' lagi apa!" kata Usin memuji Amat.

"Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjam RM500.00?, aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. "Jangankan RM500.00, RM1000.00 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang lagi.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat. "Kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap aja" janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan bakal isterinya yang baru, Leha, begitulah nama bakal isteri Amat. Hari itu Amat kelihatan sungguh segak dengan pakaian 'sedondon' untuk upacara akad nikah dengan Usin duduk disebelah sebagai pengapit yang tersenyum panjang setelah koceknya berisi wang RM500.00 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat-saat indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai sahaja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang. Para tetamu menyambut Amat dengan tersenyum lebar. Setelah selesai majlis akad nikah, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan bakal isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila mendapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat pada mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, barulah Amat sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkannya seorang janda muda yang berusia 18 tahun.

"Usinnnnnnnnnn.........!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang asyik menjamu selera 'terkejut beruk' bila mendengar jeritan Amat. "Kau tipu aku Sinnnn.....!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa pulak.......???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18 tahun...!!!!" balas Amat. "La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun…tapi dia dah menjanda selama 18 tahun.........!!!".

"Usinnnnnnnn...........mintak............balik.....duit..akuuuuuu...!!!"

No comments: